BUAH PISANG
SEJARAH BUAH PISANG
Pisang dipercayai berasal dari Asia Tenggara. Ianya dikenali di negara-negara tropika seantero dunia akibat dari perkembangan aktiviti perdagangan. Pisang mula diperkenalkan oleh saudagar-saudagar Arab di Afrika Timur. Pada tahun 1402, ianya telah dibawa ke Kepulauan Canary oleh orang-orang Portugis. Manakala bangsa Sepanyol memperkenalkan pisang ke Mexico sekitar tahun 1531 dan ke Benua Eropah Barat serta Amerika Utara pada tahun 1866.
JENIS BUAH PISANG
1. Pisang Embun
Pisang ini juga dikenali sebagai pisang Bunga. Pisang ini berbentuk panjang, pada peringkat permulaannya ianya berwarna hijau dan kemudian berubah menjadi warna kuning pucat. Ianya berkulit tebal dan senang dikupas. Satu tandan pisang Embun yang besar, beratnya boleh menjangkau antara 15 hingga 35 kilogram. Setiap tandan pula mempunyai 7 hingga 9 sikat dengan bilangan 100 hingga 200 biji buah pisang. Manakala setiap sikat pula mengandungi 14 hingga 15 biji buah pisang. Panjang buah pisang ini berukuran 15 hingga 20 sentimeter dan lebarnya 4 sentimeter . Ketinggian pokok pisang jenis ini ialah kira-kira 5 meter .
Saiz buah pisang ini adalah kecil tetapi rasanya lazat berbanding dengan pisang jenis lain. Apabila ianya ranum, buah serta isinya berwarna kuning keemasan . Buah pisang ini mudah lebam dan bertukar menjadi kehitaman. Setiap tandan mempunyai berat antara 7 hingga 9 kilogram, 6 hingga 7 sikat dengan bilangan 100 hingga 150 biji buah pisang. Panjang buah pisang ini bersaiz 9.0 saentimeter dan lebarnya ialah 3.5 sentimeter. Pokok pisang Emas adalah kecil sahaja.
Buah pisang ini bersaiz sederhana. Kulitnya berwarna kuning dan agak kasar. Terdapat bintik-bintik hitam dan coklat di atas permukaan kulitnya serta ianya mudah dikupas. Isinya pula berwarna putih atau krim pucat. Setiap tandan mempunyai berat kira-kira 10 kilogram, 7 hingga 8 sikat dengan bilangan 90 hingga 100 biji buah pisang . Manakala setiap sikat mengandungi 10 hingga 14 biji buah pisang. Panjang buah pisang Rastali ialah kira-kira 12.0 sentimeter dan lebarnya berukuran 3.7 sentimeter
4. Pisang abu
Pisang abu mempunyai vitamin dari jenis B, C, kalium, potasium dan lain-lain yang sangat tinggi. Turut tinggi dengan nutrien serat, ia bagus jika anda ada masalah sembelit atau buasir kerana jenis pisang ini adalah amat bagus untuk sistem pencernaan dan penghadaman anda. Ia juga agak mudah ditemui dan biasa dijadikan pisang goreng ekoran tekstur yang kenyal serta rasa yang manis mengalahkan pisang nangka yang turut popular atas sebab sama
KHASIAT UNTUK BADAN
1. Mengawal kadar gula dalam darah
Buah pisang kaya dengan serat. Ia membantu melambatkan penghadaman dan penyerapan makanan ke dalam darah. Ini akan mengekalkan gula pada kadar yang lebih stabil dan mengelakkan lonjakan gula secara tiba-tiba. Namun, ini mungkin tidak terpakai untuk penghidap diabetes. Mereka harus mengelakkan mengambil banyak pisang yang masak penuh.
2. Meningkatkan sistem penghadaman
Serat di dalam buah ini juga turut membantu mempertingkat keberkesanan sistem penghadaman. Najis akan menjadi lebih lembut dan pergerakan usus bertambah baik. Sembelit dapat dikurangkan.
3. Mmbantu penurunan berat badan
Buah pisang merupakan makanan yang mengandungi rendah kalori dan tinggi serat. Dua faktor ini menjadikan ia pilihan yang baik untuk dimasukkan ke dalam diet and bagi mengurangkan berat badan. Ia membantu memberikan kekenyangan dalam tempoh yang lebih lama. Ini membantu mengurangkan pengambilan makanan secara berlebihan.
KETERANGAN TENTANG PISANG
Ulasan
Catat Ulasan