KURMA

 SEJARAH POKOK DAN BUAH KURMA 


KURMA merupakan salah satu jenis tanaman pertama yang dikenali oleh manusia. Meskipun demikian, para pakar sejarah saling berbeza pendapat tentang asal mula tanaman ini.
Seorang ilmuwan Itali yang bernama Edward Vieri berpendapat, bahawa tempat kemunculan pokok kurma adalah sekitar negara Arab Teluk. Hal itu dibuktikan terdapatnya di daerah tersebut jenis pokok yang tidak boleh hidup kecuali di daerah-daerah sub tropis yang jarang turun hujan. Akar pokok tersebut sangat memerlukan kadar garam yang tinggi. Sifat-sifat iklim ini hanya ada di daerah-daerah yang terletak di sebelah barat India dan Selatan Iran, khususnya di sekitar pesisir Teluk Arab.
Pendapat yang lain mengatakan, bahawa pokok kurma pertama di temukan di sekitar kota Babil yang umurnya berusia sekitar 4000 tahun sebelum masihi.
Pohon kurma bernama ‘Latin Phoenix dactylifera’ termasuk di dalam keluarga ‘Palmae’ yang sering disebut ‘Date Alm. Pohon ini mempunyai nama yang pelbagai, di Perancis terkenal dengan nama Attier, di Jerman dengan nama Dattel, di Itali dengan nama Datteri atau Dattero, di Sepanyol disebut datil,di Belanda disebut Dadel,di Portugis disebut Tainaradan di timur tengah disebut Tamr ( kurma kering ) serta Ruthab ( kurma basah ).
Buah kurma berbentuk lonjong dengan ukuran 2 sehingga 7.5 cm dengan warna yang pelbagai antara coklat gelap,kemerahan,kuning muda kecoklatan dan berbiji. Tinggi pohon kurma dapat mencecah sehingga 30-35 meter, ada jenis jantan dan jenis betina, dan mulai berbunga setelah 6-16 tahun. Bunga daripada pohon betinanya lebih besar daripada pohon jantan.
Pohon kurma harus mendapatkan sinar matahari yang penuh dan tidak dapat berkembang di bawah naungan. Suhu yang diperlukan oleh pohon kurma untuk tumbuh baik adalah 90`F(32.33`C) dan tidak sering terjadi huja. Tanah yang diperlukan adalah jenis pasir, pasir padat dan liat. Diperlukan pengudaraan dan pengaliran yang bagus, pohon kurma dapat bertoleransi terhadap tanah yang mengandungi usur alkali.
Setelah 8-10 tahun pohon kurma akan mulai berbuah dan dengan demikiam dapat bertahan sehingga 100 tahun. Namun ketika umurnya mencecah 60-80 tahun, buah yang di hasilkan semakin berkurang. Biasanya ketika usianya 13 tahun, satu pohon kurma dapat menghasilkan 60-80kg setahun
Kononnya buah kurma ini dahulu tumbuh di semenanjung Persia , terutama banyak terdapat di antara sungai Nil dan Eufrat. Pada awal tahun 1950-an negara Irak menjadi penghasil kurma terbesar dunia iaitu sekitar 600,000 tan/tahun.
Seperti inilah gambaran sejarah perkembangan pokok kurma. Pokok ini memiliki sejarah kuno di banyak negara belahan dunia ini. Ini kerana ia merupakan salah satu jenis tanaman yang pertama yang dikenali oleh umat manusia. Meski demikian , ia tetap menjadi salah satu sumber pemakanan barkhasiat bagi sesiapa sahaja, sama ada ia dimakan oleh manusia mahupun binatang ternakan.

JENIS KURMA 

1.  KURMA AJWA 



Disebabkan ia berasal dari Madinah, kurma Ajwa juga sering disebut sebagai Kurma Nabi. Ia merupakan antara kurma yang dijual di Malaysia dan mendapat permintaan yang cukup tinggi kerana ia dipercayai menjadi kegemaran Rasulullah SAWKurma ini biasanya bersaiz kecil dan berwarna hitam. Rasanya pula manis dengan tekstur isi yang lembut.Terdapat juga kurma Ajwa yang berbentuk oblong dengan puncak yang bulat dan tekstur yang agak kasar.

2. KURMA MABROOM 


Kurma ini lebih mempunyai tekstur yang agak sama dengan kurma Ajwa yang lembut. Berbentuk panjang dan kurus, kurma ini kebanyakannya ditanam di Semenanjung Barat Arab Saudi. Ia mempunyai kulit yang hampir lut dan berwarna coklat. Isinya pula mempunyai kedutan lembut, mempunyai rasa yang unik, berserabut, tidak begitu manis dan agak kenyal.


3. KURMA SAYER 




Kurma ini mempunyai kulit kering yang tipis dengan bentuk yang panjang serta bujur. Ia dikenali dengan pelbagai nama lain seperti kurma Stamaran, Saamaran, Stamara atau Samberun. Pada awalnya, kurman ini berwarna kuning, kemudian ia beralih menjadi kuning gelap dan akhirnya menjadi merah atau coklat gelap ketika sudah masak.


4. KURMA SAFAWI 



Kurma Safawi pula adalah jenis kurma kurma yang lembut dan separa kering. Ia boleh dikenali daripada warnanya yang hitam mendalam, panjang serta bersaiz sederhana. Ia dikatakan mempunyai rasa yang agak sama dengan kurma Ajwa namun bentuknya lebih oblong berbanding kurma Ajwa. Kurma Safawi ini juga cukup terkenal dengan produktivinya dan mudah didapati sepanjang tahun berbanding jenis kurma lain.


5. KURMA MAZAFATI



Kurma Mazafati dianggap sebagai antara kurma yang paling lazat di dunia dengan isi yang tebal serta warna hitam yang menarik berbanding jenis buah kurma lain yang ada di pasaran. Di Malaysia, kurma ini juga dijenali sebagai Kurma Madu, Kurma Kimia atau Kurma Bam. Isinya lembut dan mempunyai rasa yang manis serta agak lembap kerana kandungan air yang tinggi. Kurma yang berasal dari Iran ini juga merupakan antara jenis kurma yang popular di pasaran Malaysia.

6. KURMA RABBI 



 Kurma ini berbentuk lonjong, isinya lembut dan berwarna coklat gelap. Ada kalanya, ia kelihata agak kemerah-merahan. Ia juga merupakan salah satu daripada enam jenis kurma merah kering yang popular. Buah kurma Rabbi ini adalah jenis separa kering dengan kandungan kelembapan di bawah 15%.


7. KURMA PIAROM 



Kurma berwarna hitam kecoklatan ini sering disebut sebagai kurma separuh kering yang paling sedap. Seperti kurma Rabbi, kurma Piarom juga dianggap separuh kering kerana kandungan kelembapannya yang kurang daripada 15%. Kurma Piarom berbentuk bujur, kurus dan panjang serta mempunyai saiz yang agar besar berbanding kurma lain iaitu kira-kira 3 ke 5 cm. Juga dikenali sebagai Mariami, kurma ini juga mempunyai rasa yang unik dan dikatakan sebagai salah satu jenis kurma yang paling mahal kerana ia keluarkan secara ekslusif dari Hajiabad, selatan Iran.


KHASIAT KURMA UNTUK TUBUH 


1. Baik Untuk Sistem Penghadaman

Kurma terkenal sebagai sumber serat yang baik untuk sistem pencernaan. Bergantung kepada jenis, kurma boleh membekalkan antara 6.4 hingga 11.5% keperluan serat harian. Di samping itu, kandungan fenolik tinggi dalam buah ini dapat membantu ‘membersihkan usus’.

Ia juga mempunyai sifat antiradang bagi menjaga kesihatan perut terutamanya pada bulan Ramadan.


2. Mencegah Anemia

Anemia merupakan penyakit kekurangan sel darah merah atau hemoglobin dalam tubuh. Sekiranya tubuh kekurangan sel darah merah, seseorang boleh terdedah kepada masalah kekurangan oksigen.

Oleh itu, individu yang mengalami kekurangan sel darah merah boleh amalkan pengambilan kurma bagi mencegah anemia secara semulajadi.


3. Baik Untuk Kesihatan Tulang

Buah ini mengandungi khasiat penting seperti selenium, mangan, dan kuprum untuk perkembangan tulang yang sihat.

Selain itu, khasiat magnesium yang terkandung dalam buah ini juga dapat membantu menjaga kepadatan mineral tulang dan sekaligus mencegah osteoporosis.


Mangan pula merupakan mineral penting yang menyokong penghasilan enzim bagi pembentukan tulang.


4. Menyihatkan Jantung

Khasiat kurma juga terletak pada kandungan mineral dan vitamin yang penting untuk kesihatan jantung.

Magnesium dan kalium yang terkandung dalam buah ini dapat membantu menurunkan tekanan darah ke paras yang lebih sihat.

Pada masa yang sama, kandungan serat dalam buah kurma juga bermanfaat untuk mengurangkan kadar kolesterol jahat dalam tubuh.

Kompaun fenoliknya pula dipercayai dapat menurunkan risiko penyakit seperti tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan strok.


5. Membantu Penurunan Berat Badan

Buah yang tinggi serat ini juga mengandungi protein jenis tidak larut. Kedua-dua khasiat kurma ini dapat membuatkan seseorang rasa kenyang lebih lama apabila makan kurma. Jadi, ia boleh membantu seseorang mengawal pemakanan dengan lebih mudah.

Namun, anda tidak boleh memakannya secara berlebihan dan masih perlu menjaga pemakanan serta lakukan senaman untuk mendapatkan berat badan ideal.


6. Kaya Dengan Antioksida

Buah kurma mengandungi beberapa komponen antioksida seperti fenolik, flavionoid dan karotenoid untuk melawan radikal bebas.

Antioksida ini penting bagi melindungi sel dan sistem tubuh daripada keradangan yang boleh mengakibatkan penyakit dan gangguan sistem imuniti.


7. Baik Untuk Kesihatan Otak

Sebuah kajian daripada Neural Degeneration Research mendapati bahawa buah ini memiliki potensi untuk mencegah penghasilan protein yang mengakibat keradangan di otak iaitu interleukin 6 (IL-6).

Kadar protein IL-6 yang tinggi di dalam otak sering dikaitkan dengan risiko penyakit degeneratif seperti Alzheimer.

Selain itu, kajian terhadap haiwan mendapat buah ini memiliki potensi dalam mengurangkan aktiviti protein beta amiloid yang mengakibatkan pembentukan plak di otak.


Apabila plak berkumpul di otak, ia boleh mengakibatkan gangguan komunikasi antara sel-sel otak sehingga menjurus kepada kematian sel otak.

Kematian sel otak merupakan salah satu punca bagi penyakit dementia dan Alzheimer.


8. Membantu Lancarkan Proses Bersalin

Sebuah kajian yang diterbitkan oleh Journal of Obstetrics and Gynecology melaporkan bahawa wanita hamil yang makan enam biji kurma sehari selama 4 minggu berturut-turut sebelum bersalin cenderung untuk mempunyai bukaan vagina yang lebih lebar.

Tempoh waktu bersalin bagi wanita hamil yang mengamalkan buah ini juga dipercayai lebih pendek berbanding yang tidak mengamalkannya.

Ini disebabkan oleh kandungan zat aktif dalam buah ini yang boleh memacu penghasilan hormon oksitosin, iaitu hormon yang berfungsi untuk meningkatkan sensitiviti rahim dan merangsang kontraksi.


KETERANGAN TENTANG KURMA



Ulasan

Catatan Popular